Tuesday, April 1, 2014

TERKEJUT

Dantetiba aku nampak blog kambing biri-biri ini masuk semula ke dashboard aku selepas lebih setahun aku tak nampak bayangnya?


Apakah Google telah memaafkan aku?



Photobucket

Tuesday, January 15, 2013

bermusafir


percubaan tulis entry pakai bloggerdroid gagal sbb tu le takde entry. makanya skang ni hapdet entry pakao blogger biasa tapi guna enpon. so kalu ade typo,aku minta maap awai2. 



entry juga tanpa gambo. korang nak gambo, sila follow makbed kat fb atau instagram ye. 

aku kini sedang bermusafir selama beberapa hari bermula siang td.  d.
cadangnya nak bawak keta tapi malas plak nk drive. 
nak bas aje.
dah lama aku tak amik time off, dan jalan sorang-sorang macam ni. zaman bujabg salu buat.
misi kali ni masih atas nama tugas cuma style travel tu light sikit. 
destination is yet to be revealed. korang kena tunggu besok ye...


bersiaran dari rumah tumpangan yg turut menyediakan khidmat urut super class utk org bajet hot mcm aku.
lalalalalalala......
ekceli aku brenti tido sini pon sebab kaki aku dah sakit dan dah 4 bulan x mengurut. jadi aku mai serah tubuh badan kt tuan rumah tumpangan ni. dan rela diperlakukan apa saja. 

mekasih pemilik rumah adiaida ,iaitunya makcik urut tersohor aku sniri. 
skang berlokasi di lumut. bersiaran secara lansung menggunakan gnoty pemberian suami.lektop x bawak sbb aku perlu travel dengan beban yg kurang.
esok lepas subuh, aku akan bergerak ke destinasi seterusnya.
mari travel menggunakan kenderaan awam yg disediakan pihak kerajaan. 
yeahh!



Photobucket

Sunday, January 13, 2013

Plis LIKE my PAGE... *Rayuan tak bertepi






Ni entry rewang je ni.

Di tahun 2013 ni, MAkbed cadang nak buat Page untuk Makbed's Journal kerana niat awalnya nak bajet diri cam selebriti. 
Tu je. 
HAHAHAHAHHA


MAkanya, hari ini Makbed's Journal Page is launched. 

Please 'LIKE' walaupun page tu masih lagi kelihatan daif lagi comot. 




KOrang LIKE je la sebelum aku send somebody untuk gigit ibu jari korang.
HORHORHORHORHORHORRRRR!!!!!



takut tak?


Makbed's Journal Page


Photobucket

Berjimba di 2013 di atas nama kerja. Eh, best plak.


HAIP!!!


Mengkeme lupa aku dah ye?
HAHAHHA..
Aku masuk lapor diri, antaq satu entry sebab satgi bersawang pulak. AKu dah le elegik ngan sawang ni. 


Alhamdulillah,hari ni baru berkelapangan sebentar nak edit gambo dan siapkan satu entry selepas balik dari TAsik BAnding , semalam. 
Best aa tepat tu. 
Skang tgh selsema plak!
STENDED la kan... bukan buleh tido tak cukup aku nih. Ngade.


Jumaat pagi jam 9 , aku dan babysitter bergerak dari Sik ke Baling. Nak gi amik sorang lagi member aku yg datang dari Kulim. Dia nak tumpang gak gi Agency Planning Meeting kat Banding tu. 
Lepas melalui jalan yang bengkang-bengkok tapi aku haram tak sedo pun sebab mengholoh je sepanjang jalan, dalam jam 12.30 pm tu, sampai lerrr..
Aku lak yg paling awal sampai kot.. Yelah, sebab dekat je dari Sik ke Grik tu. 
Yang lelain sume mai dari Kelantan dan Manjung mostly. 



Dapat check in..


Bilik osem.
AKu dapat duduk tingkat 4. Dapat king sized bed. Muat la utk adik aku dan otomen 2 orang. 
Bilik mengadap tasik beb!




Satu pemandangan yang definitely takde kat umah aku.
HEHEHEH...
Tenang je. 
Maunye tak tenang? DOk dalam utan nu haa... di Royal Belum. 


Servis bilik ok.
Dalam bilik disediakan iron ,siap iron board sekali!
Aku punya le bawak serika seniri kan. 
Ada complimentary drink , cam neskepe peket-peket tu. TApi, aku dah bawak bekal HKCC aku da. TAk pandang lansung neskepe skang! *berlagak.
Disebabkan kami sume da lapar, maka aku order je la nasik goreng hotel tuh. Mahal gak. Sepinggan RM17. TApi cam banyak pulak, makan sorang tak habeh. 
Sedap juge. 


Pukul 4 petang, aku dah dipanggil untuk Sesi 1.
Lebih kurang cam sesi taaruf le. 
Agency Planning Meeting kali ni buat dengan kolaborasi 3 agensi ...


Mustaffa Mega Agency.
Al-Azhar Associates
Team Focus.


KAlau nak citer pepanjang bab ni, tak abih. Lagipun kome bukan rajin nak bace ...






Sesi tak start lagi aku dah snap gambo. Ini je bukti yg aku masih dalam keadaan bertenaga. 
PAdahal muka dah senget sebab ngantuk. 



Malamnya tu adalah acara yang dinantikan.
Dinner and Recognition NIght.

Ini le acara yang cik bos suruh sarung baju merah untuk perempuan, dan hitam untuk lelaki. 



HEHEHEH...






OK.. aku jadi mangsa fesyen. 
HAHAHAHA..
Or, pemangsa fesyen kot!

Nasib baik takde anugerah untuk baju terlawa atau the hideous dress.
Horhorhor..


Penulis bersama rakan sekerja

Ini Kak Kiah. Ingat tak aku sebagai 'pembunuh lalat' ?
HAa.. Akak ni keje satu company ngan aku di LPP tu. Tapi, aku receptionist.. KAk Kiah di bahagian training. 
She still working there. Aku je brenti.
Dia wat Prudential part timer je... yet, dia adalah antara top agen dan memang dah lambai-lambai aku jauh dah sebab aku tak top lagi. TUP ade lerrr.. Tihihihhihi~








Tetiba je nama MAkbed dipanggil untuk amik award. 






Pastu tetiba je jugak kena panggil nyanyi kat depan. 
Apekahh? Sabotaj nii..

Bebenornya aku memang tak minat karoke. 
Aku cakap kat Mak, aku kena paksa nyanyi karoke sambil wat muka sedih.
Skali Mak aku kate....

"HANG TAK SUKA KAROKE KEMENDA? Dulu hang dok masuk PErtandingan Menyanyi kat sekolah.. PAstu belajaq music segala sampai habih duit aku, pastu leh kata tak leh minat karoke..??? Podahh!!"

Yang bergaris lintang tu hanya lah perkataan rekaan sahaje. 


Eii..MAk. 
Blajor music ngan masuk pertandingan menyanyi tidak membuktikan yang suara kita tu sedap mcm siti nurhalijah la MAk...... Ku sedar diri ini.



Nah amik satu gi gambor..


Saje nak tunjuk betapa 'hebatnya' pengkaroke kat belakang aku tu... HIhihhiihih... Aku ni bekap singer je.
Tu pun sebabnye kalau aku tak start nyanyi dulu, maka abih suma kawan-kawan lain takmo nyanyi. Pas aku nyanyi, baru le suma berani pegang mikroponnnn.. Kan kan kan...
PAstu dah pegang mike, taknak lepas plak!
BAru aku tau rupanya ramai je yg nak nyanyi. Lalalalalala...
Sesedor je penonton sume dah takde. Tinggal kami je yg nyanyi. 

***


Day 2: Agency Planning Workshop.

Barisan peserta yang berdedikasi.



Workshop bermula jam 9pagi. 
Time gambor diambil aku tengah semput lak. Sejuk nya...Masyaallah. BErkabus TAsik BAnding tuh. 
Dah lama tak pakai inhaler. TApi aku pam jugak la inhaler takut melarat dah takleh fokus lak kan.


Maka di sinilah permulaannya perancangan aktiviti. 
Mula buat goal setting. 
Mula set target..
Decide to be better than before. Declare it. 
Gain more knowledge dari leaders. 
Banyak la..



MAkbed declare tahun ni by end of 2013, gaji bulan naik lagi RM4000.
PAstu leh la aku beli 13 dozen diari dan bgi kat client-client tersayang. So, korang takyah berebut diary lagi. Ok tak camtu?


TAkde la lagi target tahun ni nak beli rumah ke kereta ke lagi.
Sebab aku ni target nak beli rumah CASH!
TAmo utang.
KEreta? HAHAHA.. pakai je la Bambam Bee ni dulu. Ok pe?



Pledged 500k API tahun 2013. Qahar, Kak Kiah dan our very own Top Agent form Al-Azhar, Rosli Amzah. 


Pledged for 300k API on 2013. 2 dari kiri adalah Kak Laila dan sebelahnya Kak Nor. 



Pledged for 200K API and above... Aku ade lak kat situ kan kan...


HAhaha.. ok kengkawan Al-Azhar Associates. GAmbo pledge keme dah masuk blog. So, jangan lupa target memasing. Kalau lupe, bukak entry ni. HAHAHAHAH..



LEpas habih workshop, kami pun gi makan dengan riang. 

PErkara kesukaan saya setiap masa, sembang ngan boss. 

Walaupun aku sengsorang ter'campak' di Alor Setar, tapi ianya tak mematahkan semangat aku nak berkerjaya bersama team. Pokoknya, aku dah pilih ini sebagai kerjaya, jadi aku WAJIB lah bersusah-payah kerananya. 


Dan... kepada ahli keluarga saya yang terpaksa berkorban sesekali along the way , tidak terbalas jasa anda. 


Pun begitu, Oni dan Wawan dapat mandi swimming pool tapi tak snap gambo sebab enpon Alang takde kamera.
Huuuu~




Singgah rumah Baby Amzar sekejap sebelum balik ke Alor Setar. 
Thanks Alang. Kalau takde Alang, tatau la camne nak gi Tasik BAnding tuh. Huuhuuhuuu~



Aku kena gigit antu lak masa kat Tasik BAnding tuh.
Nasib baik kat tangan ajer.


Edward Cullen mai melawat kot?





Esok, travel lagik!
Photobucket

Thursday, January 10, 2013

TAk sempat Blogwalking hari ini.





Lewat plak siapkan entri sebijik untuk hari ni. Sebabnye, semalam aku tido lewat , packing baju-baju untuk ke Tasik Banding esok. 
MAlam ni, aku gerak ke Sik. Tido sana.
Cadangnya, nak gerak dari Sik je terus ke Banding. 


 Sebelum MAkbed terlupa, Makbed nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada follower baru yang decide nak follow tu. 
Atas banyak sebab tetiba follower jadi ramai , tapi mostly adalah dari segmen SAYA FOLLOWER DARI NEGERI, anjuran FizGraphic. 
Dan juga melalui Giveaway New Year 2013 anjuran Jiwarosak.Com


Ada beberapa lagi blog baru yang folo, tapi Makbed tak sempat membalas ziarah lagi kerana kekangan masa dan tugas lain. 
KAlu buleh tu, taknak la just main singgah-singgah, tinggal pesanan "saya datang.." tapi tak baca entry dan menghayati penulisannya bebetul. Tak puas. 
Bagi Makbed, kalu nak kenal orang bebetul, baca je lah tulisannya sebab nak tengok orangnya pun bukannya dia ada depan kita, kan? 


Salam Perkenalan MAkbed ucapkan. 
Insyaallah, nanti aku blogwalking lagi yer.


Terima kasih sebab baca.



Photobucket